Wednesday, 15 December 2010

Personal: On 'Not-So-Bad'

~ Star Parade's Food Court, Alor Setar : October, 2010 ~
Assalamualaikum.
Anak saya baru dilahirkan pada 23/10/2010 ... turut mengalami AMC.
Mohon nombor telefon kerana ada beberapa persoalan yang ingin saya tanyakan berkenaan rawatan yang terbaik pernah anak jalani.
Nombor contact saya 013-266xxxx.
Demikian emel (telah dibuat sedikit suntingan) yang ayah Solehah terima pada 02/12/10 yang lalu. Selepas membaca & faham akan kehendak, ayah Solehah memberi respons melalui email disamping membuat sms memaklumkan tentang respons tersebut.
Hasilnya, emel kedua (juga telah dibuat sedikit editing) daripada pengirim menyusul iaitu seperti berikut:
Sudah sebulan lebih umur anak saya tapi doktor masih belum buat apa2. Itu yang merisaukan saya. Daripada pembacaan, kanak2 AMC harus dirawat dalam umur 3 bulan ke bawah kerana tulangnya masih lembut. Itu yang saya ingin tahu berkenaan anak - dalam umur berapa sudah dilakukan rawatan? Ada pembedahan?
Doktor hanya menyuruh kami bersabar... Ini yang merunsingkan saya... takut tersalah doktor (good doctor & bad doctor cases).
Harap sudi kongsi pengalaman.
Rgds, Hilmy.
Ini kemudiannya disusuli dengan perbualan ringkas melalui telefon - berkongsi pengalaman membesarkan Solehah. Tidaklah dapat dipastikan sama ada dapat membantu. Perasaan pengirim amat difahami - kami (ayah & mama Solehah) pernah mengalaminya.
Catatan:
Based on literature, tiada kes yang 100% identical bagi yang menghadapi AMC - tiada masalah yang sama untuk dua orang. Justeru, panduan berikut adalah bagi kes Solehah saja.
1. Having a child with AMC is not that bad as what we thought.
2. Nasihat doktor tersebut tepat - seeing the doctor adalah juga rawatan.
3. Pembedahan tidak akan dilakukan sewenang-wenangnya - akan dibuat: (i) jika perlu ~ tidak membahayakan, to improve & not to make condition worst; dan (ii) only performed by correct specialist.
4. Sendi & otot perlu ditangani (oleh ibubapa di rumah secara berterusan) - sendi perlu digerakkan agar longgar; otot perlu sentiasa aktif - untuk tujuan tersebut, fisioterapi & splinting adalah kaedah terbaik.
5. Kenal pasti (write it down) semua masalah yang dihadapi & minta nasihat doktor @ minta dirujuk.
6. The next post will be on 'good doctor & bad doctor cases' as commented by Sdr. Helmi.

1 comment:

  1. Helloooll Solehah Elist, cuti sekolah pergi mana lagi?

    ReplyDelete