Tuesday, 7 September 2010

Tahfifah: On 'Nostalgia Ramadan'

~ Coupled Since 20 Ramadan 1405H ~
Menonton rancangan Nostalgia Ramadan di satu saluran TV pada minggu kedua Ramadan, Solehah bertanya, "Ayah tak ada kah?"
Sebagai respons ayah Solehah hanya ketawa. Namun, hakikatnya sememangnya ada iaitu pada setiap 20 Ramadan, ayah & mama Solehah merupakan ulangtahun hari mereka diijab kabulkan. Tarikh ijab kabul ialah pada 20 Ramadan 1405 iaitu bersamaan 6 Jun 1985 - sudah 26 tahun bernikah. Walaupun tiada sambutan, namun ayah & mama Solehah akan mengenangkan hari tersebut sambil memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanawataala. Lebih istimewa, 20 Ramadan tahun ini adalah bersamaan 30 Ogos - diambang menyambut hari kemerdekaan ke-53.
Sesungguhnya dengan ijab kabul tersebut, Allah telah mengurniakan banyak kenikmatan - antaranya, keimanan yang semakin meningkat, kehidupan yang lebih sempurna, kesihatan yang sentiasa mengizinkan, anak-anak yang membahagiakan, rezeki yang sentiasa mencukupi, kerjaya yang sentiasa diiktiraf, ahli keluarga yang sentiasa memahami, jiran yang sentiasa bekerjasama & rakan-rakan yang sentiasa berlapang dada.
Doa terbaik bagi Solehah & seluruh keluarga ialah agar 'hari ini lebih baik dari kelmarin & esok pula lebih baik dari hari ini' & minta dijauhi dari menjadi hamba Allah yang kufur akan nikmatNYA.
Catatan:
Ramadan juga mencatatkan beberapa ingatan lain iaitu:
1. Tahun ini merupakan tahun kedua (insyaAllah) Solehah berpuasa penuh.
2. Dua orang cucu Cikgu Mat Pedu (abang & sepupu Solehah) telah memulakan perjalanan menuntut ilmu juga pada bulan Ramadan. Semoga kedua-duanya tabah & tidak menghampakan tinggi keluarga - banyakkan berdoa.
3. Abang sulung Solehah dibukakan pintu hati (keinginan) untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana,
4. Salah seorang cucu Cikgu Mat Pedu (dengar khabar) terputus 'persahabatan' yang telah dijalin selama lebih 3 tahun - tentu ada hikmahnya.

No comments:

Post a Comment