Showing posts with label kesyukuran. Show all posts
Showing posts with label kesyukuran. Show all posts

Thursday, 9 June 2011

Anekdot : On 'Resume'

~ Solehah & Her Eldest Brother : November 2010 ~
As going through a bundle of job application resume, a boss came across an application stated ASAP (meaning 'As Soon As Possible') for the date the applicant is available to start working. However when he saw the applicant put AMAP down for expected salary, he asked his secretary what does it mean. She replied, "As Much As Possible!"
Catatan:
1. Hari ini (09/06/11) merupakan hari pertama abang sulung Solehah melaporkan diri untuk bekerja. Walaupun bukan berstatus tetap, kalau CMP masih ada tentu dia amat suka & akan meraikannya.
2. Semasa hayatnya, CMP pernah korbankan seekor lembu peliharaannya untuk kenduri kesyukuran meraikan anaknya mendapat kerja meskipun jawatan tersebut bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan.
3. Bagi CMP, jawatan & gaji tidaklah penting kerana ia merupakan permulaan. Seorang yang berpendapatan RM600 sebulan jauh lebih baik jika ada baki RM5 (sebelum gaji berikutnya) berbanding yang bergaji RM2 000 yang terpaksa berhutang RM5 pada penghujung bulan untuk hidup.
4. Bagi ayah Solehah pula, peluang yang ada harus dimanfaatkan untuk mendapatkan status yang lebih baik. Kepada abang sulung Solehah, selamat maju jaya.

Friday, 10 September 2010

Personal: On 'Aidilfitri 1431H'

~ Mama Solehah: Late 40's ~
Hari ini semua umat Islam berhari raya. Justeru, untuk semua yang pernah singgah di blog ini (pengikut @ tersinggah) Solehah & keluarga mengucapkan "SELAMAT BERAIDILFITRI - MAAF ZAHIR & BATIN".
1 Syawal tahun ini adalah bersamaan 10 September. Ini bermakna hari jadi mama Solehah juga adalah pada hari raya. Walaupun dua sambutan serentak yang sepatutnya disambut meriah (kerana kemungkinan berlaku sekali lagi amat tipis), namun menyambutnya secara sederhana menjadi pilihan. Apa pun, bagi pihak Solehah & abang-abangnya diucapkan, happy birthday - thanks for being an excellent care-taker (mother & wife) to this family. Tanpa anda, kehidupan bukan saja tidak sempurna tetapi tidak terurus. Kami (anak-anak & suami) berdoa agar kami sentiasa dapat membahagiakan mama.
Catatan:
Bersyukur kepada Allah kerana menganugerahi mama Solehah dalam kehidupan keluarga ini. Semoga apa yang beliau impiankan dimakbulkan Allah.

Tuesday, 7 September 2010

Tahfifah: On 'Nostalgia Ramadan'

~ Coupled Since 20 Ramadan 1405H ~
Menonton rancangan Nostalgia Ramadan di satu saluran TV pada minggu kedua Ramadan, Solehah bertanya, "Ayah tak ada kah?"
Sebagai respons ayah Solehah hanya ketawa. Namun, hakikatnya sememangnya ada iaitu pada setiap 20 Ramadan, ayah & mama Solehah merupakan ulangtahun hari mereka diijab kabulkan. Tarikh ijab kabul ialah pada 20 Ramadan 1405 iaitu bersamaan 6 Jun 1985 - sudah 26 tahun bernikah. Walaupun tiada sambutan, namun ayah & mama Solehah akan mengenangkan hari tersebut sambil memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanawataala. Lebih istimewa, 20 Ramadan tahun ini adalah bersamaan 30 Ogos - diambang menyambut hari kemerdekaan ke-53.
Sesungguhnya dengan ijab kabul tersebut, Allah telah mengurniakan banyak kenikmatan - antaranya, keimanan yang semakin meningkat, kehidupan yang lebih sempurna, kesihatan yang sentiasa mengizinkan, anak-anak yang membahagiakan, rezeki yang sentiasa mencukupi, kerjaya yang sentiasa diiktiraf, ahli keluarga yang sentiasa memahami, jiran yang sentiasa bekerjasama & rakan-rakan yang sentiasa berlapang dada.
Doa terbaik bagi Solehah & seluruh keluarga ialah agar 'hari ini lebih baik dari kelmarin & esok pula lebih baik dari hari ini' & minta dijauhi dari menjadi hamba Allah yang kufur akan nikmatNYA.
Catatan:
Ramadan juga mencatatkan beberapa ingatan lain iaitu:
1. Tahun ini merupakan tahun kedua (insyaAllah) Solehah berpuasa penuh.
2. Dua orang cucu Cikgu Mat Pedu (abang & sepupu Solehah) telah memulakan perjalanan menuntut ilmu juga pada bulan Ramadan. Semoga kedua-duanya tabah & tidak menghampakan tinggi keluarga - banyakkan berdoa.
3. Abang sulung Solehah dibukakan pintu hati (keinginan) untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana,
4. Salah seorang cucu Cikgu Mat Pedu (dengar khabar) terputus 'persahabatan' yang telah dijalin selama lebih 3 tahun - tentu ada hikmahnya.