~ Pengedar Kanji Masjid Rafeah, Alor Setar ~
Singgah & membaca dua post pada 26/08/10 di blog 'Cikgu Mat Pedu' amat nostalgik. Apa lagi Ramadan 1431H dah di penghujung. Kini sibuk pula dengan persiapan raya.
Bagi ayah & mama Solehah (selain meningkatkan amal ibadat), ada beberapa rutin semasa Ramadan yang masih dikekalkan, ada yang dibuat pengubahsuaian, ada yang ditinggalkan & ada pula yang baru dipraktikkan. Faktor usia yang semakin meningkat, mengurus keperluan Solehah & tiada yang membantu menyebabkan situasi sedemikian.
Antara yang masih dikekalkan, diubahsuai, ditinggalkan @ yang baru ialah:
- Ayah Solehah masih berbuka hanya dengan kanji (bubur lambuk). Dulu abang kedua Solehah tolong ambil, kini kena ambil sendiri.
- Berbuka dengan hanya beberapa teguk minuman & terus bersolat maghrib (berjamaah dengan mama Solehah & kekadang Tok Solehah) sebelum sambung makan. Terpaksa begitu kerana kelas tuisyen Solehah mula jam 8:15 malam.
- Solehah turut berpuasa penuh (tahun kedua). Bersahur merupakan sesuatu yang 'menyiksakan' bagi Solehah - terpaksa didukung (oleh ayahnya) ke meja makan.
- Masih menghantar kad 'Selamat Berpuasa' (bukan kad raya) kepada semua doktor & staf hospital kerajaan yang pernah merawat Solehah.
- Akan bayar zakat fitrah hanya pada malam raya & kepada yang biasa diberi. Tentu abang kedua Solehah masih ingat bagaimana pada satu tahun kami terpaksa meredah banjir untuk membayar zakat fitrah kepada yang biasa.
- Kerana ketiadaan abang-abang di rumah, ayah & mama Solehah terpaksa melayan Solehah bermain mercun (pop) & bunga api selepas balik dari tarawih.
- Kali pertama mama Solehah langsung tidak membuat apa-apa kuih. Tidak ada yang membantu (abang-abang Solehah membantu jika ada di rumah). Semua kuih dibeli & ada yang dibawa balik oleh Pak Cik & Mak Cik Solehah.
- Tidak pergi membersih pusara arwah Cikgu Mat Pedu (CMP) walaupun telah sentiasa bersih pada Ramadan (tradisi yang diajar oleh CMP kepada ayah Solehah) kerana tiada membantu. Namun, ziarah biasa tetap dilakukan.
Catatan:
Bercakap tentang tradisi hari raya, bapa-bapa saudara Solehah pasti mempunyai ingatan tertentu terhadap tradisi & kelaziman CMP. Contohnya, anak ketiga CMP melalui blognya menulis tentang tradisi mandi sabun cap burung pada pagi hari raya.
No comments:
Post a Comment