Friday, 20 May 2011

Jamung: On 'Bertudung'

~ Solehah, Mama & Family Friends - Serikin, Sarawak : 01/05/11 ~
JEDDAH: Ketua Suruhanjaya Amal Makruf Nahi Mungkar Cawangan Makkah semalam menyelar larangan pergaulan antara lelaki & perempuan di tempat terbuka di Arab Saudi. Sheikh Ahmed al-Ghamdi juga berkata wanita tidak perlu berpurdah untuk menutup muka mereka & tidak ada dalam Islam yang melarang wanita memandu.
"Ada perselisihan dalam menafsir al-Quran yang menyebabkan beberapa ulama berpendapat seluruh tubuh wanita perlu ditutup. Bagaimanapun, ada ulama berpendapat, wanita tidak perlu menutup muka, tapak tangan & siku. Ada yang berkata, rambut juga tidak perlu ditutup," kata Sheikh Ahmed ketika berucap di persidangan mengenai 'Penyertaan Wanita Dalam Pembangunan Negara' di Jeddah.
Kenyataannya itu mendapat sambutan kaum wanita yang menghadiri majlis berkenaan. Menurutnya larangan bergaul hanya perlu dikuatkuasakan apabila lelaki & wanita bertemu secara sulit, bukan di tempat awam.
Sheikh Ahmed menjelaskan, Islam mengarahkan wanita menutup aurat untuk membolehkan mereka menyertai kehidupan sosial, bukan menghalang mereka berbuat demikian.
Sheikh Ahmed pernah dipecat kerana menyokong pergaulan lelaki & wanita tetapi dilantik ke jawatan itu semula April lalu.
Agensi : Harian Metro (Khamis, 2 Disember 2010)
Catatan:
1. Ayah Solehah terjumpa berita di atas baru-baru ini - pembungkus nasi lemak.
2. Barangkali berita ini boleh mengurangkan sedikit tekanan terhadap desakan (lebih kepada kutukan) seorang guru Solehah (bukan ustazah) yang sering menyuruhnya supaya bertudung.
3. Solehah antara sebilangan kecil murid kelasnya yang tidak bertudung.
4. Solehah pasti bertudung bila sampai masanya nanti - seperti mama & emak-emak saudaranya.

No comments:

Post a Comment