Words have the power to HEAL & also to KILL.
Never use the word cancer unnecessarily in front of patients!
To most patients
CANCER = DEATH
Don't cause unnecessary worry to patient!
- Unknown Author -
Kata-kata di atas mengingatkan kami akan pengalaman berikut:
Setelah hampir seminggu di wad selepas dilahirkan, Solehah telah dirujuk (pada 27 @ 28 Mac 2001) ke Klinik Orthopedik di hospital yang sama. Pemeriksaan dibuat oleh seorang doktor muda - barangkali 'houseman'.
Melihat saja keadaan Solehah, dia terus memberitahu (nada suara tinggi & nampak panik) kepada doktor yang lebih senior & rakan-rakannya (juga barangkali houseman), "I think you must look at this." Doktor tersebut lantas memberitahu kami bahawa apa yang dihadapi Solehah adalah tanggungjawab masyarakat. Justeru itu, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana Solehah boleh dianggap sebagai 'anak masyarakat'.
Apa yang dikatakan barangkali betul tetapi caranya mungkin 'kureng'. Namun, dimaafkan kerana pada masa itu dia barangkali masih 'mentah'. Kalau dia berkesempatan berjumpa dengan Solehah sekarang, barangkali dia akan menyusun semula kata-katanya agar tidak wujud 'worries'.
Catatan:
1. Ayah Solehah masih ingat nama doktor muda tersebut.
2. Pengalaman di atas tidak ada kena mengena dengan dua jururawat dalam gambar di atas atau HTF - gambar hanyalah hiasan.
No comments:
Post a Comment