Monday, 5 April 2010

Santai: Anak Mak Mana

~ Anak-Anak Mak Muda & Mak Tua : Persiapan Raya 2006 ~
Berdasarkan pengalaman, antara soalan popular dalam sembang-sembang di kalangan waris semasa Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG ialah sama ada 'waris kepada anak atau cucu'. Semasa menghadiri MAT PIBG sekolah Solehah pada pagi Sabtu lalu (03/04/10) ayah Solehah juga ditanya soalan yang sama oleh seorang waris (bukan kenalan) yang duduk di sebelah kiri.
Apabila diberitahu waris kepada anak, individu tersebut bertanya (bernada serius), "Anak dengan mak (isteri) muda ke?"
"Anak dengan mak tua!", jawab ayah Solehah.
"Dengan mak muda?", tanyanya lagi.
Ayah Solehah berkata, "Dua orang!!!"
"Mana ada?", kata kenalan (mengenali keluarga Solehah secara mendalam) yang duduk di sebelah kanan.
Ayah Solehah hanya tersenyum ...
Catatan:
Betul la tu ... semasa dua abang Solehah masih bersekolah, isteri masih muda. Kini mama mereka sudah menghampiri setengah abad.

No comments:

Post a Comment