Solehah: The day she took her 1st. step ... at the age of 5
Pada pagi Ahad, 08/03/09 (ketika sedang bertugas) penulis menerima panggilan telefon daripada isteri berhubung tawaran pertukaran kelas Solehah - dari kelas 2 Kasih ke 2 Sabar. Walau pun sekolah tempat Solehah belajar tidak melaksanakan 'streaming' secara total tetapi kelas Sabar menempatkan murid-murid yang terbaik berdasarkan keputusan peperiksaan.
Semasa di Tahun Satu (2008), Solehah di tempat di Kelas 1 Sabar. Guru kelasnya Cikgu Noriah - seorang guru yang berdedikasi & banyak memahami masalah yang dihadapi Solehah. Cikgu Noriah juga adalah Cikgu Kelas abang-abang Solehah. Namun, kerana dikatakan tidak mencatatkan keputusan terbaik (sangsi kerana ada anak-anak orang tertentu yang keputusannya jauh lebih rendah) Solehah ditempatkan di 2 Kasih. Namun di kelas tersebut terdapat beberapa orang murid yang agak nakal. Mereka pernah menolak (tertolak?) Solehah hingga terjatuh. Puan Sobariah, guru kelas 2 Sabar pula hanya mengajar Bahasa Arab. Justeru, kelas hanya dikunjungi ketika ada pelajaran Bahasa Arab. Ini mengakibatkan kawalan & tumpuan terhadap kelas berkurangan. Kami (penulis & isteri) pasrah & tidak pernah merungut - kerana pasti ada hikmahnya.
Petangnya selepas bekerja, penulis berjumpa dengan Guru Besar (Hjh. Wan Nodrim Wan Abdullah). Hasil perbincangan @ penerangan menunjukkan bahawa tawaran dibuat berdasarkan: (1) keupayaan akademik Solehah; (2) bukan kerana simpati; (3) untuk keselamatan; (4) adalah hasil perbincangan (guru yang pernah & sedang mengajar Solehah); (5) keputusan peperiksaan suku tahun; dan (6) Solehah mampu bersaing di Kelas 2 Sabar.
Walau pun tawaran tersebut berkuat kuasa serta merta, namun penulis meminta tempoh untuk berbincang & berfikir. InsyaAllah, Solehah akan kami pindahkan ke Kelas 2 Sabar selepas tamat cuti persekolahan nanti. Doakan agar Solehah mampu & keputusan yang dibuat adalah yang terbaik.
No comments:
Post a Comment