Friday, 20 March 2009

Personal: Rawatan & Rujukan

~ Solehah & Dr. Choong Pheik Sian ~
(Foto di Klinik Pediatrik HAS sebelum Dr. Choong berkursus di Afrika Selatan)
Sejak mula dirujuk ke Klinik Pediatrik, Hospital Alor Star (sebelum berpindah ke Hospital Sultanah Bahiyah - HSB), Solehah telah dirujuk & menerima rawatan di beberapa klinik di hospital tersebut. Sebilangan besar rawatan tersebut berterusan sehingga sekarang.
Di HSB/HAS, Solehah menjadi / pernah menjadi pesakit di:
1. Klinik Pediatrik
2. Klinik Ortopedik - berhenti selepas dirujuk ke Hospital Seberang Jaya.
3. Unit Fisioterapi
4. Unit Pemulihan Carakerja
5. Klinik Oftalmologi - berhenti sebab tiada masalah penglihatan
6. Klinik Dermatologi - bila perlu
7. Klinik Pergigian Pediatrik
8. Klinik Otorinolaringologi - rawatan & speech theraphy
Solehah juga pernah dirujuk oleh HSB ke:
1. Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia - berjumpa Prof. Sharaf Ibrahim
2. Hospital Seberang Jaya - Klinik Ortopedik & Klinik Pediatrik
2. Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur - Mr. (Dr.) Zulkiflee Osman di Klinik Ortopedik
3. Pusat Perubatan Universiti Malaya - berjumpa Prof. Sengupta
4. Hospital Selayang - berjumpa Mr. (Dr.) Pathmanathan (Klinik Hand & Microsurgery)
5. Hospital Tuanku Fauziah, Kangar - berjumpa Dr. Zulkiflee Osman yang secara berkala datang ke HTF untuk berjumpa pesakitnya.
Solehah juga pernah sekali di bawa (melalui keluarga di Thailand) ke Ibnu Sina Hospital, Narathiwat, Thailand.
Hanya sebuah sahaja klinik swasta yang Solehah mendapat rawatan secara 'regular' iaitu Klinik Pakar Kanak-Kanak Harcharan (> 40km dari rumah). Dr. Harcharan Singh dipanggil Tok Wan oleh Solehah.
Catatan:
1. Layanan & perkhidmatan yang diterima di semua tempat adalah 99.5% amat bertimbangrasa & memuaskan. Semuanya manis kecuali segelintir. Terima kasih hospital-hospital kerajaan.
2. Kami pernah berulang setiap minggu (seminggu sekali) ke HKL.
3. Bila dah jadi surgeon, doktor akan pakai panggilan Mr.

No comments:

Post a Comment