Monday, 31 August 2009

Personal: Salam Kemerdekaan

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Agak lama memikirkan bahan untuk pos sempena Hari Kemerdekaan Ke-52 - hari yang amat istimewa. Masih tidak pasti apa yang mahu ditulis sehinggalah pagi tadi selepas menonton 'Malaysia Hari Ini" di TV3. Sebenarnya, penulis sedang menunggu lintas langsung sambutan Hari Kemerdekaan yang telah menjadi kebiasaan (sejak ada siaran langsung) untuk berada di depan TV menontonnya.
Hos rancangan ialah Mazidul & Ahmad Fetri. Mereka mempelawa penonton menceritakan pengalaman istimewa yang dialami sempena Hari Kemerdekaan. Terdapat dua panggilan yang sempat penulis ikuti. Kedua-duanya menarik untuk dicatatkan. Pertama yang 'meremang bulu roma & sebak' mendengarnya; dan yang kedua pula adalah 'sebaliknya' - teramatlah kontras dengan yang pertama & menyesakkan dada.
Pemanggil pertama (tidak sempat mencatat namanya) tetapi seorang Sarjan Mejar yang pernah berkhidmat di Kosovo. Semasa di sana, beliau ada memberi sebuku roti kepada seorang paderi. Paderi tersebut bukan sahaja menyatakan kesyukuran tetapi MENCIUM roti tersebut. Kata Sarjan Mejar tersebut, beliau sebak - apa lagi peristiwa tersebut berlaku pada Hari Kemerdekaan Malaysia. Katanya lagi, pemberian seumpamanya pasti akan ditertawakan jika dibuat di Malaysia.
Pemanggil kedua (kalau tidak silap ialah Mohd Helmi Abd Aziz dari Pulau Pinang) pula cuba menyalahkan TV3, khususnya Mazidul kerana penggunaan bahasa Inggeris untuk judul rancangan yang Mazidul hoskan (360 @ Three Sixty). Justeru, apakah peristiwa tersebut satu contoh:
“Great minds discuss ideas; Average minds discuss events; Small minds discuss people.”
~ Eleanor Roosevelt ~
Catatan:
1. TABIK Sarjan Mejar kerana menjiwai, memahami & berkongsi erti kemerdekaan - saya turut sebak.
2. MALANGLAH bumi bertuah ini jika majoriti warganegaranya adalah individu seperti kata-kata di atas.
3. Komen ini bukan kerana saya meminati Mazidul @ TV3 tetapi atas rasa (mengenangkan apa yang Solehah & abang-abangnya - Adi & Zakwan nikmati) AMAT BERTUAH menghirup udara 'segar' kemerdekaan di negara MALAYSIA tercinta.
4. Maaf jika komen ini tidak bermutu - maklum penulis tidak mempunyai kelulusan yang tinggi.

Saturday, 22 August 2009

Personal: Salam Ramadan

Menghulurkan salam kepada
semua pembaca & pengikut blog ini.
Moga-moga anda semua memperoleh keberkatan & kesejahteraan yang berterusan.
Catatan:
1. Solehah dah mula berpuasa penuh tahun ini.
2. At this moment (6.20pm), she's still going strong, playing outside - tak merungut kata lapar @ dahaga - may be 'coz today is the 1st. day of Ramadan.