Sunday, 25 July 2010

Jamung: Soekarno-Hatta International Airport

Menunggu di Soekarno-Hatta International Airport telah memberi ruang masa kepada Solehah & ayahnya melihat beberapa perkara sesuai dengan peribahasa 'lain padang, lain belalangnya'. Kalau tidak kerana lama menunggu pasti kesempatan tersebut tidak akan diperolehi.
Berikut adalah antara yang menarik yang dapat diperhatikan & apa kata Solehah mengenainya:
m
Catatan:
1. Benarlah "jauh berjalan, banyak pengalaman."
2. Pengalaman yang lebih menarik (melihat kebesaran Allah) menanti, jika kita 'dijemput' menunaikan haji @ umrah - berdoalah agar kita dijemput menjadi tetamuNya.

Saturday, 24 July 2010

Tahfifah: On 'Menunggu'

~ Solehah, Kak Inn, Kak Aton & Kak Azah : SHIA 08/06/10 ~
Solehah tiba di Soekarno-Hatta International Airport (SHIA) lebih kurang 1:30 tengahari & disambut oleh wakil agen pelancongan. Semasa membuat tuntutan bagasi, beg salah seorang ahli rombongan (pesara yang kami panggil Mamu) telah tertukar dengan penumpang yang lain.
Proses melapor kepada AirAsia mengambil masa. Justeru, kami diminta bersabar & membuat keputusan untuk terus berada di SHIA sambil menunggu Haji Rani sekeluarga yang bertolak dengan MAS. Oleh kerana ingin bersama, Hj. Rani bersetuju untuk pergi dengan MAS - lebih mahal.
Hj. Rani & keluarga tiba lebih kurang 3:30 petang. Namun, entah dimana silapnya bas yang sepatutnya mengambil kami pula tidak sampai. Terpaksa tunggu lagi & akhirnya kurang lebih jam 5:30 petang, bas sampai. Kami bertolak ke tempat makan sebelum check-in di hotel.
Catatan:
1. Menunggu memang membosankan tetapi jika kena gayanya pasti tidak. Sesungguhnya lama di SHIA memberi ruang melihat ragam & kelainan di negara orang.
2. Solehah tidak pula meragam sepanjang menunggu - dia dilayan oleh anak-anak Hj. Zaher

Saturday, 17 July 2010

Personal : Merajuk La Pulak ...

~ Aksi Merajuk Di AirAsia : 13/06/10 ~
Solehah melancong ke Indonesia mulai 08 hingga 13/06/10. Berlepas dari Airport Bayan Lepas ke Jakarta menggunakan AirAsia.
Semalaman sahaja di Jakarta. Keesokannya Solehah ke Taman Mini Indonesia sebelum bertolak Bandung melalui Puncak dengan menaiki bas.
Di Bandung, Solehah melawat beberapa tempat pelancongan & diikuti dengan aktiviti kaum ibu - iaitu shopping, shopping & shopping.
Bertolak kembali ke Jakarta pada 12/06/10, melawat Ancol & diikuti lagi dengan aktiviti shopping, shopping & shopping. Keesokan pagi berlepas pulang ke Malaysia (Airport Bayan Lepas) dengan AirAsia.
Catatan:
1. Solehah merajuk semasa penerbangan balik kerana permintaannya untuk membeli teddy bear AirAsia tidak dilayan. Hasrat tersebut tidak ditunaikan mengenangkan dia sudah ada puluhan teddy bear & pelbagai anak patung yang sebahagiannya dihadiah oleh abang-abangnya.
2. Rajuk Solehah lazimnya tidak berpanjangan - hanya sekejap.
3. Solehah pasti tidak suka akan pos ini.

Thursday, 15 July 2010

Personal: Takut Mengganggu

~ Rombongan Jakarta-Bandung : Taman Mini Indonesia, 09/06/10 ~
Solehah dibawa melancong ke Jakarta & Bandung pada 08 hingga 13/06/10 yang lalu. Lawatan tersebut lebih kepada memenuhi janji untuk sekali lagi melancong bersama-sama dengan mereka yang pernah bersama-sama ke Beijing beberapa tahun yang lalu.
Lawatan ke Beijing (Solehah tidak ikut serta) kami (ayah & mama Solehah) telah berkenalan dengan dua keluarga iaitu keluarga Hj. Zaher & Hj. Rani. Persahabatan semasa di Beijing diteruskan secara akrab selepas kembali ke Malaysia.
Semasa ke Beijing, Hj. Zaher & Hj. Rani membawa anak-anak. 'Cemburu' dengan keseronokan mereka, kami bertekad (jika berkemampuan) membawa anak-anak jika melancong.
Sebenarnya, kami bimbangkan ketidakupayaan Solehah akan mengganggu perjalanan program melancong. Namun, dengan kedua-dua keluarga tersebut kami percaya mereka lebih memahami. Keyakinan tersebut tepat kerana sepanjang lawatan tersebut semua anggota rombongan tersebut sentiasa bertimbangrasa & melayan Solehah dengan mesra. Terima kasih ...
Catatan:
1. Turut serta ialah seorang pesara (mamu), sepasang suami isteri (guru) & satu keluarga (emak & dua orang anak) yang juga kebetulan mempunyai seorang anak istimewa. Jadi mereka juga turut memahami masalah Solehah.
2. Abang sulung Solehah (Abang Mad) tidak dapat ikut (walaupun diajak) kerana masalah kerja.
3. Secara amnya, semua (termasuk pemandu pelancong, drebar bas & pembantu) telah melayan Solehah dengan sewajarnya.

Tuesday, 13 July 2010

Jamung: On 'You Are In Trouble'

~ Taman Mini Indonesia, Jakarta : 09/06/10 ~
"Bila ayah nak jadi bos?"
Demikian pertanyaan Solehah semasa dalam perjalanan melancong di Jakarta. Setelah diusul, fahamlah yang ada rakan-rakan kelas Solehah suka membanding-bandingkan & menyatakan yang bapa mereka lebih hebat. Biasalah ... kanak-kanak.
Solehah dinasihati agar tidak terlibat & sentiasa merendah diri. Sukar untuk memahamkan Solehah. Namun, setelah semakin dewasa & membaca peristiwa berikut, diharapkan beliau lebih memahami.
A lawyer who had seem to be a little careless hit the back side of a car in front of him. Refusing to admit his fault, he got off his car & rushed over to the driver of the other car. He said, "Boy, you are in trouble! I'm a lawyer."
The driver looked out his window & said, "No, you are in trouble. I'm a judge."

Personal: Demam Sebelum Melancong

~ Solehah & Her Tok Wan Singh ~
Cuti persekolahan yang lalu (04 - 19/06/10) Solehah melancong ke Jakarta & Bandung. Abang sulung Solehah diminta bersama, namun tidak dapat ikut serta.
Solehah demam beberapa hari sebelum bertolak. Walaupun hampir sembuh setelah makan saki baki ubat yang disimpan, Solehah tetap dibawa berjumpa dengan Dr. Hacharan Singh (Dr. HS) bagi memastikan Solehah sihat sepanjang berada di Jakarta & Bandung. Klinik Dr. HS terletak kira-kira 50 kilometer dari rumah & merupakan the only private doctor yang merawat Solehah secara k onsisten.
Solehah was being attached to Dr. HS sejak berusia dua tahun & dia cukup serasi dengan doktor tersebut - sembuh sebaik tiba di klinik, badan yang panas menjadi normal, hidung yang berhingus turut terhenti, etc.
Namun, pertemuan kali ini cukup menyentuh jiwa. Setelah memeriksa Solehah, beliau meminta saya merancang dengan teliti tentang masa depan Solehah agar tidak bergantung kepada orang lain untuk sara hidup. Nasihat tersebut diberi berdasarkan kekecewaan beliau dengan apa yang dihadapi anaknya (juga anak istimewa berkelulusan undang-undang) yang tidak mendapat hak yang sewajarnya sama ada di sektor perkhidmatan awam @ swasta.
Although there were many patients waiting outside, he talked (nasihat & luahan perasaan) to us about 40 minutes. He was very emotional - percakapan tersekat-sekat, sebak & nampak genangan air mata. He didn't want us to repeat the same mistake. He told us that he even met top politicians (menteri & timbalan menteri) but nothing was being done. Dr. HS nampak puas selepas meluahkan perasaan. Sesungguhnya, demam sebelum melancong, benar-benar membawa rahmat.
Catatan:
1. 'Tok Wan Singh' ialah panggilan Solehah kepada Dr. HS. She usually walks straight to Dr. HS & sit on his lap bila memasuki bilik pemeriksaan.
2. Kami terasa istimewa kerana Dr. HS beritahu supaya telefon & dia akan tunggu sekiranya ketibaan kami menghampiri waktu penutupan klinik. We did it once & he really did what he promised.
3. Dr. HS amat gembira kerana kekerapan mendapatkan rawatan amat rendah - kali terakhir kami ialah pada awal tahun 2009.
4. Beliau sentiasa memberi nasihat & panduan 'apa yang baik' untuk Solehah.

Friday, 25 June 2010

Santai: On 'Blogging'

~ Jakarta, Here I Come! : Lapangan Terbang Bayan Lepas, 08/06/10 ~
"Dah tak aktif blogging? Kalah dengan facebook ke atau 'kyusuk' dengan bola piala dunia?" sapa seorang pengikut 'senyap' (kenalan ayah Solehah) blog ini. Beliau turut memberi pandangan bahawa kalau dah kering idea, tulis saja pengalaman semasa melancong bersama Solehah atau perkembangan catatan-catatan yang telah dibuat. Katanya lagi, banyak catatan terdahulu yang tergantung ceritanya.
Catatan:
Sapaan tersebut mengundang pelbagai pandangan, persoalan & rasa. Antaranya, ialah:
1. Blog yang begitu popular (semasa Pilihan Raya Umum Ke-12) rasanya sudah semakin kurang pengaruhnya.
2. Ramai blogger (yang ayah Solehah menjadi pengikut & kenali) sudah tidak aktif kecuali B'jue Corner (Budhi Rahmad Bin Suparno / Julaiha Binti Amir) - tahniah.
3. Tak sangka pula (dalam dirasakan kurang diikuti) kenalan tersebut di atas memberi komen & ayah Solehah menerima ucapan selamat hari lahir daripada mak su hani melalui blog ini - terima kasih diucapkan untuk kedua-duanya.
4. Bagi ayah Solehah, kurang aktif berblog akhir-akhir ini bukan kerana facebook (walaupun mula berjinak-jinak) tetapi lebih kerana beban kerja - mengurus 1 laman web & 4 blog.
5. Hingga kini (walaupun satu ketika amat meminati) ayah Solehah belum mengikuti secara penuh walaupun satu siaran langsung bolasepak piala dunia.

Wednesday, 26 May 2010

Tahfifah: On 'Berkongsi Rasa'

~ The Platinum, Bangkok : December 2009 ~
Sebuah akhbar perdana edisi Ahad 23/05/10 melapor bahawa sepasang suami isteri (warga India – berumur 34 & 29 tahun) telah terjun (bunuh diri) dari tingkat 29 sebuah kondominium di Brickfield kerana kecewa memiliki seorang anak yang cacat mental yang berusia 2 tahun. Sebelumnya mereka dikatakan membunuh anak mereka iaitu dengan menyumbat kapas ke dalam hidung anak malang tersebut.
Bercampur baur perasaan apabila membaca berita tersebut. Walaupun teramat kesal, namun mengapa tindakan sedemikian diambil dapat difahami. Sesungguhnya, hanya mereka yang juga mempunyai anak istimewa sahaja yang akan benar-benar faham.
Mempunyai anak istimewa akan mewujudkan tekanan perasaan - apa lagi jika keluarga & masyarakat gagal berkongsi rasa. Berdasarkan pengalaman, banyak kata-kata, pertanyaan, komen & tindakan masyarakat (termasuk guru sekolah) yang secara tidak sedar telah menguris perasaan. Justeru, kita tidak harus hairan dengan tindakan pasangan warga India tersebut.
Namun bagi kami sekeluarga, kehadiran Solehah adalah pembawa banyak rahmat Allah. Hanya ayah & mama Solehah saja yang benar-benar tahu akan segala rahmat tersebut. Agak sukar untuk disenaraikan kerana terlalu banyak. Cukup sekadar dikatakan bahawa kehadiran Solehah telah menjadikan keluarga ini lebih bahagia. Terima kasih juga kepada semua kaum keluarga & sahabat handai yang sudi berkongsi rasa.
"Bukan sekadar sokongan tetapi BERKONGSI RASA"
Catatan:
Rahmat terbaru ialah pada 23/05/10 iaitu ayah Solehah sekali lagi (buat kali ketiga) dipilih untuk menerima satu anugerah perkhidmatan - dua kali selepas Solehah dilahirkan.

Tuesday, 25 May 2010

Personal: Lagi Mengenai Marsya Nur Alia

~ Sdr. Ridzuan, Marsya & Solehah ~
"Ini nombor contact saya yang baru - 012-424xxxx. Ridzuan Robian."
Begitulah sebahagian sms yang diterima pada 9:45 malam 20/05/10 yang lalu. Sdr. Ridzuan ialah ayah kepada Marsya Nur Alia iaitu anak comel yang disahkan mengidap sindrom yang sama dengan Solehah - rujuk pos bertarikh 02/12/09.
Sejak kunjungan Marsya ke rumah, ingatan kami terhadap anak kecil tersebut tidak pernah luput. Malah mama Solehah sangat berhasrat untuk mengunjungi keluarga tersebut pada hari jadi Marsya (walaupun kami sebenarnya tidak mengetahui bila).
Namun, sebelum sms tersebut iaitu pada 14/05/10 (kalau tidak silap), kami terserempak dengan Marsya & keluarganya di sebuah pasaraya. Kami dimaklumkan yang Marsya akan menjalani pembedahan pangkal paha pada bulan Jun nanti di Hospital Kuala Lumpur. Walaupun singkat pertemuan tersebut, kami sempat berkongsi rasa.
Catatan:
1. Semoga pembedahan tersebut berjaya membantu Marsya - itu doa kami.
2. Kami juga boleh meramalkan perasaan ibu bapa Marsya menghadapi pembedahan tersebut. Semoga kedua-duanya tabah.
3. Demikianlah wujudnya ikatan antara dua keluarga yang menghadapi masalah yang sama.

Sunday, 16 May 2010

Personal: On 'Teachers Day'

~ Among The 'Gurus' ~
Ahad, 16/05/10 ialah Sambutan Hari Guru. Selain Cikgu Mat Pedu (Tok Wan Solehah), secara amnya terdapat beberapa orang kerabat rapat Solehah yang berstatus guru. Untuk mereka semua diucapkan 'Selamat Hari Guru'.
Namun, taraf guru setiap kerabat Solehah tidak sama. Ada yang:
1. masih berstatus guru - dah lama jadi guru & yang baru jadi guru.
2. dah nak bersara dan dah bersara - bekas guru & bekas pensyarah (persaraan wajib @ pilihan);
3. masih @ pernah mengajar di: tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, institut @ universiti
4. bergelar: guru, guru cemerlang (guru pakar), pensyarah @ pegawai pendidikan;
5. bertugas di luar negara; dan
6. tubuh pra sekolah swasta.
Apa pun, untuk semua yang bergelar guru:
"SELAMAT HARI GURU & TERIMA KASIH CIKGU"
Catatan:
1. Solehah tidak akan ke sekolah esok walaupun dia ingin hadir merayakan Hari Guru. Biasalah ... bila ada sebarang perayaan di sekolah, Solehah sememangnya tidak ke sekolah kerana dia akan dibiarkan keseorangan oleh guru & rakan sekelas - kasihan dia. Namun, hadiah untuk guru-gurunya telah disediakan & akan diberi pada hari Isnin.
2. Al-Fatihah untuk semua guru termasuk Cikgu Mat Pedu.