Thursday, 15 July 2010

Personal: Takut Mengganggu

~ Rombongan Jakarta-Bandung : Taman Mini Indonesia, 09/06/10 ~
Solehah dibawa melancong ke Jakarta & Bandung pada 08 hingga 13/06/10 yang lalu. Lawatan tersebut lebih kepada memenuhi janji untuk sekali lagi melancong bersama-sama dengan mereka yang pernah bersama-sama ke Beijing beberapa tahun yang lalu.
Lawatan ke Beijing (Solehah tidak ikut serta) kami (ayah & mama Solehah) telah berkenalan dengan dua keluarga iaitu keluarga Hj. Zaher & Hj. Rani. Persahabatan semasa di Beijing diteruskan secara akrab selepas kembali ke Malaysia.
Semasa ke Beijing, Hj. Zaher & Hj. Rani membawa anak-anak. 'Cemburu' dengan keseronokan mereka, kami bertekad (jika berkemampuan) membawa anak-anak jika melancong.
Sebenarnya, kami bimbangkan ketidakupayaan Solehah akan mengganggu perjalanan program melancong. Namun, dengan kedua-dua keluarga tersebut kami percaya mereka lebih memahami. Keyakinan tersebut tepat kerana sepanjang lawatan tersebut semua anggota rombongan tersebut sentiasa bertimbangrasa & melayan Solehah dengan mesra. Terima kasih ...
Catatan:
1. Turut serta ialah seorang pesara (mamu), sepasang suami isteri (guru) & satu keluarga (emak & dua orang anak) yang juga kebetulan mempunyai seorang anak istimewa. Jadi mereka juga turut memahami masalah Solehah.
2. Abang sulung Solehah (Abang Mad) tidak dapat ikut (walaupun diajak) kerana masalah kerja.
3. Secara amnya, semua (termasuk pemandu pelancong, drebar bas & pembantu) telah melayan Solehah dengan sewajarnya.

No comments:

Post a Comment