Friday, 25 June 2010

Santai: On 'Blogging'

~ Jakarta, Here I Come! : Lapangan Terbang Bayan Lepas, 08/06/10 ~
"Dah tak aktif blogging? Kalah dengan facebook ke atau 'kyusuk' dengan bola piala dunia?" sapa seorang pengikut 'senyap' (kenalan ayah Solehah) blog ini. Beliau turut memberi pandangan bahawa kalau dah kering idea, tulis saja pengalaman semasa melancong bersama Solehah atau perkembangan catatan-catatan yang telah dibuat. Katanya lagi, banyak catatan terdahulu yang tergantung ceritanya.
Catatan:
Sapaan tersebut mengundang pelbagai pandangan, persoalan & rasa. Antaranya, ialah:
1. Blog yang begitu popular (semasa Pilihan Raya Umum Ke-12) rasanya sudah semakin kurang pengaruhnya.
2. Ramai blogger (yang ayah Solehah menjadi pengikut & kenali) sudah tidak aktif kecuali B'jue Corner (Budhi Rahmad Bin Suparno / Julaiha Binti Amir) - tahniah.
3. Tak sangka pula (dalam dirasakan kurang diikuti) kenalan tersebut di atas memberi komen & ayah Solehah menerima ucapan selamat hari lahir daripada mak su hani melalui blog ini - terima kasih diucapkan untuk kedua-duanya.
4. Bagi ayah Solehah, kurang aktif berblog akhir-akhir ini bukan kerana facebook (walaupun mula berjinak-jinak) tetapi lebih kerana beban kerja - mengurus 1 laman web & 4 blog.
5. Hingga kini (walaupun satu ketika amat meminati) ayah Solehah belum mengikuti secara penuh walaupun satu siaran langsung bolasepak piala dunia.

2 comments:

  1. Salam..
    Bila ada kelapangan saya sekeluarga kerap juga singgah melawat blog Solehah. Bagi diri saya, kekadang mati idea juga nak catat apa dlm blog Ain tambahan pula saya tidak mempunyai sokongan kuat dari sesiapa spt anda sekeluarga. TAHNIAH utk anda dan penyokong2 kuat blog anda. Teruskan usaha anda.

    ReplyDelete
  2. Salam Nur,
    1. Tk kasih krn meninggalkan titipan catatan untuk blog ini & memberi kata2x perangsang.
    2. Tk juga kerana 'kerap juga singgah' di blog ini.
    3. Kami juga mengharap anda akan terus menulis kerana penyokong kuat anda sebenarnya ialah Ain.
    4. Salam sayang untuk Ain.

    ReplyDelete