Baru-baru ini (15/02/10) sebuah akhbar perdana melaporkan (tajuk utama) tentang mutu perkhidmatan teksi di Kuala Lumpur. Intipati berita tersebut, banyak yang tidak menyenangkan. Berikut ialah pengalaman Solehah & famili menaiki teksi di Bangkok baru-baru ini:
- Majoriti teksinya baru & paling banyak Toyota & paling ‘koman’ (lekeh) ialah Toyota Vios – langsung tak jumpa yang buruk.
- Tambangnya berpatutan – contohnya, pengalaman perjalanan ke Safari (melalui jalan biasa + lebuh raya, melebihi 1 jam & trafic jam) menggunakan meter hanya sekitar Bhat 270 (RM27.00). Hairan bagaimana tambangnya murah kerana harga minyaknya jauh lebih mahal berbanding Malaysia.
- Pemandunya amat bersopan & tidak banyak karenah – walaupun terhadap penduduk tempatan.
- Namun, mereka amat takut dengan trafic jam. Enggan pergi kalau destinasi yang dituju mengalami jam yang teruk.
Catatan:
1. Adalah dirasakan perkhidmatan teksi di Bangkok jauh lebih baik berbanding di Kuala Lumpur.
2. Jangan bimbang (tentang tambang) untuk naik teksi di Bangkok – jauh lebih murah berbanding Kuala Lumpur.
3. Abang Solehah (Adi) mungkin bersetuju tentang tambang kerana di Kangar (ketika balik semasa Solehah menjalani pembedahan keenam) dia dikenakan tambang RM15.00 untuk perjalanan yang tidak sampai 5 minit – dari stesen bas Kangar ke Hospital Tunku Fauziah.
No comments:
Post a Comment