Wednesday, 2 December 2009

Personal: Marsya Nur Aulia

~ Solehah & Marsya Nur Aulia: 29/11/09 ~
Walaupun sudah lebih 8 tahun & banyak hospital dikunjungi, kami tidak pernah bertemu mana-mana kanak-kanak AMC (Arthrogryposis Multiplex Congenita) seperti Solehah. Cuba juga bertanya-tanya kepada para doktor, namun tiada jawapan pasti. Bukan apa, hanya untuk berkongsi pengalaman - walaupun dikatakan tiada dua masalah yang serupa untuk kes AMC.
Namun (melalui blog ini) akhirnya dengan ketentuan Allah, kami diketemukan dengan seorang lagi anak istimewa pengidap AMC iaitu Marsya Nur Alia. Pertemuan tersebut diatur di rumah pada hari Ahad, 29/11/09 (hari ke-3 Aidiladha) & berlangsung dengan penuh rasa kekeluargaan. Banyak perkara yang dapat dikongsi pada petang hari tersebut.
Catatan:
1. Rasanya Marsya tidaklah seteruklah Solehah - pada umur ini beliau nampak pintar, sudah boleh duduk & pegang benda.
2. Adalah diharapkan rasa kekeluargaan yang terbina bukan sahaja berpanjangan tetapi bertambah akrab.
3. Terbukti sifat pengasih & penyayang Allah kerana menganugerahkan Marsya kepada ibu & bapa yang amat positif - Marsya is in the good hands.
4. Kami doakan ibu & bapa Marsya terus gigih untuk membesarkan Marsya.
5. Marsya juga dirawat oleh para doktor yang sama - Dr. Zul, Dr. Asri & Dr. Asyikin.

2 comments:

  1. Cik Ah!!! Ada kawan kawan baru ke? Habislah Teh... dah tak ada kawan...
    Raya Cina pak cik balik, tiket dah beli, balik alor setar 13 Februari. Jangan lupa datang ambil pak cik kat airport...
    MP3 ada lagu apa? Mak Cik suruh download lagu Munajat Cinta-Ahmad Dhani...
    Bye...

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Cik JB
    1. Flight pukul berapa?
    2. Ayah tak cari lagi lagu tuu ...
    3. Salam kat Mak Cik
    -Cik Ah-

    ReplyDelete