~ Solehah & Uncle Alan (Physiotherapy HSB) ~
Membesarkan anak-anak (amanah Allah) adalah sesuatu yang tidak membebankan. Apa lagi dalam membesar & mendapatkan pelbagai rawatan untuk Solehah. Walaupun sedikit memenatkan tetapi tidak pernah (malah tidak mungkin) dirasakan sebagai sesuatu yang menyiksakan. Mama & ayah Solehah sentiasa bersama mengharungi susah payah. Dalam banyak situasi, kedua-dua abangnya turut membantu.
Berkat kesabaran & kesungguhan, kami bahagia apabila melihat keadaan Solehah sentiasa menunjukkan 'improvement'. Syukur, alhamdulillah.
Namun, agak terkilan (berdasarkan pemerhatian) kerana didapati hanya kaum ibu yang kerap mengiringi anak-anak berbanding kaum bapa.
Walaupun tiada hak mempersoalkan, tetapi lebih wajar jika bapa sentiasa menemani isteri & anak. Janganlah sekadar menghantar, kemudiannya entah ke mana & hanya datang menjemput apabila dihubungi setelah selesai rawatan.
Catatan:
1. Dalam satu kes, kami menemui sebaliknya iaitu hanya bapa sahaja yang mengiringi anak. Sedih kerana si ibu (seorang doktor) langsung tak pernah nampak batang hidung walaupun bertugas di hospital yang sama di mana anaknya mendapatkan rawatan. Agaknya malu. Tak sepatut begitu kerana 'we' are the selected people (by Allah) to have such a child.
2. Kami juga perasan yang kebanyakannya tidak begitu 'friendly' apabila cuba didekati untuk berkongsi rasa & pengalaman.
3. To my family, "we are VERY PROUD to have Solehah".
No comments:
Post a Comment