Showing posts with label siasah. Show all posts
Showing posts with label siasah. Show all posts

Tuesday, 14 September 2010

Tahfifah: On 'Perkataan Loya'

~ Solehah : Anak Merdeka ~
Walaupun kata dasarnya sama, perkataan 'meloya' & 'meloyakan' membawa pengertian berbeza. Meloya ialah berasa hendak muntah, muak, mual, sementara meloyakan bermaksud menyebabkan berasa hendak muntah.
Bukan sekadar berbeza, tetapi juga boleh membawa rasa yang berlainan. Contohnya, pasangan suami isteri pasti gembira apabila si isteri meloya menandakan akan muncul orang baru. Namun, ada sesuatu yang meloyakan (bukan meloya) berlaku ketika siaran langsung satu saluran TV sempena sambutan hari kemerdekaan ke-53 baru-baru ini.
Dalam siaran tersebut, dua panggilan telefon dibuat kepada individu warga Malaysia yang berada di luar negara (Melbourne, Australia & United Kingdom) untuk mendapat komen mengenai sambutan hari kemerdekaan negara di tempat masing-masing.
Individu di Melbourne ialah seorang perempuan Melayu (namakan ED), dulu pelajar & kini bekerja di sana, sementara yang di UK ialah lelaki Cina (namakan ST) & pelajar School of Oriental & African Studies.
Walaupun kedua-duanya memakai nama 'mat saleh' di pangkal nama (tak pasti la pula sama ada nama asal @ modified), tabik hormat harus diberi kepada ST. Manakala komen ED amat 'meloyakan' (sekurang-kurangnya kepada ayah Solehah). ST (melalui panggilan video) memberitahu (guna lebih bahasa Melayu) bahawa dia turut hadir di satu perhimpunan kemerdekaan pada masa yang bersamaan detik jam 12 malam Malaysia.
ED, apabila ditanya pengacara memberitahu (perkataan yang masih boleh diingat), 'well, I think ada sambutan because they usually had. I'm working here. Before semasa student I adalah pergi celebrate but now ... ".
Catatan:
Tak perlulah kita hairan apabila bangsa lain bukan sahaja tidak menghormati negara ini, malah sanggup memperlekehkan apa saja yang ada di negara tercinta ini seperti yang dinyatakan pos sebelum ini.
TAHNIAH anak Melayu Malaysia!!!

Saturday, 11 September 2010

Jamung: On 'Memalukan'

~ Merdeka : Proud To Be Malaysian ~
"Ayah, cikgu suruh buat sajak merdeka untuk dibacakan di depan kelas."
Begitulah kata (lebih kurang) salah seorang abang Solehah pada satu malam. Dialog tersebut berlaku beberapa tahun yang lalu iaitu semasa beliau masih bersekolah rendah. Tidak ingat tarikh/tahun sebenar tetapi yang pasti Solehah belum lahir ketika itu.
Walaupun tidak 100% buta, namun ayah Solehah agak kabur tentang puisi berbanding anak ketiga Cikgu Mat Pedu yang sememangnya mahir bersastera. Justeru itu, permintaan tersebut amat merimaskan.
Namun atas nama semangat kebangsaan, akhirnya terhasil juga sebuah sajak kemerdekaan ala kadar. Sekembali dari sekolah, abang Solehah kata dia malu (dengan kawan-kawan) kerana cikgu kata (sindir?), "Sajak apa ni? Banyak sangat perkataan merdeka!" Ayah Solehah hanya tersengeh buat muka sardin.
Beberapa tahun kemudian (ketika di sekolah menengah), abang Solehah menyatakan yang cikgu sekolah rendah beliau tidak faham tentang sajak. Pernyataan tersebut merujuk kepada sajak ala kadar ciptaan ayahnya dulu. Rasanya sajak tersebut tidak lagi memalukannya.
Sudah lupa sajak tersebut tetapi yang masih dapat diingat ialah setelah menulis beberapa baris, ayah Solehah menulis perkataan "Merdeka! Merdeka! Merdeka!". Kaedah tersebut diulang-ulang - sebab itulah agaknya cikgu tersebut berkata banyak sangat perkataan merdeka. Bagi ayah Solehah, perasaan malu terhakis (jika benar andaian tersebut) bukan kerana kehebatan ciptaan tetapi kerana keikhlasan memperkatakan erti kemerdekaan.
Catatan:
1. Alhamdulillah, negara tercinta ini sekali menyambut hari kemerdekaan ke-53 pada 31 Ogos 2010 yang lalu.
2. Bahagia sungguh tinggal & menikmati segala kemudahan di negara merdeka ini.