~ Solehah & Tok Lin : Mac 2010 ~
Selain perubatan moden, Solehah juga menjalani beberapa rawatan tradisional. Pada dasarnya tiada secara regular (sekadar sekali @ paling banyak dua kali) kecuali dengan Tok Lin untuk mengurut. Kebanyakannya diberitahu oleh rakan-rakan yang bersimpati dengan Solehah.
Tok Lin kami kenali melalui salah seorang cucunya yang datang untuk menyewa rumah. Solehah nampak selesa dengan Tok Lin. Malah dah macam keluarga sendiri - sering berhubung.
Berbicara tentang rawatan tradisonal, kami pernah membawa Solehah sehingga ke Tanah Merah, Kelantan. Namun, untuk berjumpa bomoh tersebut kami terpaksa menggunakan pertolongan sepupu Mama Solehah di Narathiwat, Thailand. Ini kerana bomoh tersebut hanya membuat rawatan pada hari Ahad hingga Isnin. Kami pernah ke rumah bomoh tersebut secara sendiri pada satu hari Sabtu tetapi tidak dilayan. Walaupun sudah di pintu pagar & memberi salam (pada seorang yang sedang membasuh kereta), kedatangan kami seolah-olah tidak diterima - menjawab pertanyaan secara acuh tak acuh. Justeru itu, kami mengalah & meninggalkan rumah bomoh tersebut.
Apabila diceritakan kepada sepupu Mama Solehah (yang kebetulan datang ke rumah), beliau berjanji akan mengatur perjumpaan dengan pertolongan seorang sahabatnya yang juga bomoh terkenal di Narathiwat.
Akhirnya kami dapat membawa Solehah berjumpa dengan bomoh tersebut. Namun, perjalanannya amat jauh iaitu kami terpaksa ke Narathiwat dulu, kemudian kembali ke Malaysia (Rantau Panjang) & terus ke Tanah Merah. Selepas mendapatkan rawatan, kami kembali semula ke Narathiwat sebelum pulang ke Malaysia.
Catatan:
1. Mengurut dengan Tok Lin masih diteruskan mengikut kelapangan.
2. Tok Lin juga pernah datang ke rumah.
No comments:
Post a Comment