Wednesday, 17 February 2010

Personal: On 'The Sixth Operation 3'

~ Di Wad: Selepas Pembedahan ~
Solehah selamat menjalani pembedahan keenam (to lenghten the tendon kerana tapak kaki kanan tidak rapat ke lantai aapabila berjalan) pada Jumaat, 15/01/10. Pembedahan yang bermula pada kira-kira jam 9.30 pagi selesai pada jam 12.30 tengahari. Namun tempoh keseluruhan proses pembedahan tersebut adalah jauh lebih lama (sekitar lima jam). Solehah hanya dibenarkan balik ke wad sekitar jam 2.00 petang. Solehah hanya sedar lewat petang tersebut. Seperti pembedahan terdahulu, kaki yang dibedah disimen sehingga melebihi paras lutut & hanya akan dibuka dalam tempoh satu bulan.
Berbanding pembedahan-pembedahan sebelum, kali ini Solehah kurang meragam selepas pembedahan. Juga tidak seperti biasa, kali ini Solehah mahukan ayahnya (sebelum-sebelum ini mamanya) menghantar masuk ke bilik bedah. Bagi ayah Solehah, itu merupakan satu pengalaman yang betul-betul menyentuh perasaan - kasihan, sedih, simpati, menyesal dsbnya ... hanya Allah yang tahu.
Catatan:
1. Menurut Dr. Zul pembedahan tersebut tidak begitu mencapai apa yang beliau hajati.
2. Terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk seorang doktor wanita (maaf tidak ingat nama) dari Hospital Sultanah Bahiyah yang dipanggil untuk membantu Dr. Zul.
3. Terima kasih juga kepada Mak Su Suhada (jururawat di OT HTF) kerana begitu 'caring' terhadap Solehah.
4. Abang Solehah (Adi) tiba dari KL malamnya. Kepulangannya banyak membantu meringankan beban mengurus Solehah.

No comments:

Post a Comment