~ Solehah & her Paksu Mi ~
Akhirnya dengan izin Allah pada 19/10/09 yang lalu, Solehah & keluarganya diketemukan dengan Paksu Mi (suami Maksu Hani - orang 'Ko' Nerang & pakar tepung talam). Kami kenal Paksu Mi & isteri melalui blog ini.
Pertemuan tersebut berlaku kerana ditakdirkan Paksu Mi datang ke rumah atas urusan rasmi iaitu memperbaiki internet connection yang bermasaalah sejak beberapa hari sebelum itu. Ketika membuka pintu pagar, ayah Solehah langsung tidak perasaan Paksu Mi. Namun, semasa bersalaman beliau mengenalkan diri dengan memberitahu bahawa beliau ada mengikuti blog ini. Lantas ayah Solehah kenal yang beliau adalah Paksu Mi.
Maha kaya Allah ... masalah internet connection (yang dianggap sesuatu yang mengecewakan) telah membawa kepada sesuatu yang membahagiakan. MANA NAK DAPAT - rupa-rupanya kerana masalah tersebut (selain internet connection kembali pulih):
1. kami diketemukan dengan antara individu yang ingin sangat kami temui;
2. mendapat nombor telefon personal Paksu Mi - untuk dihubungi jika menghadapi masalah pada masa akan datang.
3. Solehah dapat duit raya daripada Paksu Mi - gembira betul Solehah.
Which do you prefer:
A relationship founded on friendship?
or
A friendship founded on relationship?
Catatan:
1. Iktibar besar yang diperolehi ialah sesuatu kejadian yang menimpa (termasuk musibah) adalah atas kehendak Allah & pasti ada sebabnya.
2. Adalah diharapkan perkenalan ini akan berterusan.
3. Kebahgiaan Paksu Mi & keluarga kami doakan.
No comments:
Post a Comment