Tuesday, 12 May 2009

Personal: Susu Sebelanga Tidak Rosak

~ The Gift ~
Bermula dari hari pertama Solehah menjalani rawatan (usia satu hari) di hospital kerajaan hingga ke hari ini (sudah berusia lapan tahun), kami diketemukan dengan ratusan jururawat. Hampir kesemua (99.99%) bersikap profesional, cukup mesra, sangat membantu & amat bersimpati bukan sahaja dengan Solehah tetapi dengan kami. Seingat penulis hanya dua orang sahaja yang sepanjang kami mengenali mereka berterusan menguris hati kami.
Sempena Hari Jururawat kami ucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI JURURAWAT". Terima kasih & hanya Allah yang dapat membalas semua kebaikan mereka.
Berikut adalah beberapa catatan tentang kemesraan mereka yang amat menyentuh hati nurani kami. Ada jururawat:
1. membahasakan dirinya sebagai Ummi dengan Solehah.
2. memberi Solehah RM5.00.
3. memanggil Solehah sebagai 'sayang'.
4. meminta maaf setiap kali Solehah mengatakan sakit.
5. memberi 'dental mirror' untuk kami memeriksa gigi Solehah - beliau mengejar hingga keluar klinik untuk memberikannya.
6. memberi belon & permainan 'yoyo'.
7. menyapa kami di luar apabila bertemu - selalunya mereka yang menyapa dahulu kerana 'without the uniform they look very different'.
8. and many many more ...
Catatan:
Insiden yang menguris hati tidak begitu kami hiraukan kerana mereka yang baik cukup banyak. Bagi kami (dalam isu ini) "nila setitik tidak akan merosakkan susu sebelanga".

No comments:

Post a Comment