~ Solehah' Cousins: Odah, Aton, Duan & Haikal ~
Kekerapan membawa Solehah menjalani rawatan di pelbagai hospital kerajaan tidak begitu dirasai kepenatannya. Hal demikian adalah kerana selain menerima layanan (95.5%) yang memuaskan, mesra & amat bertimbang rasa, kami juga mengalami beberapa insiden yang mampu membuatkan kami tersenyum. Antaranya:
- Pernah ditanya oleh seorang jururawat sama ada penulis tahu menulis ketika diminta mengisi borang pendaftaran kemasukan ke wad. Sambil senyum penulis menjawab tahu sikit-sikit.
- Pernah juga ditanya oleh seorang jururawat sama ada 'bos' penulis ada balik kampung. Setelah difahami yang dimaksudkan ialah 'Pak Lah' (sekarang Tun) sebagai 'immediate bos', penulis menafikannya. Namun, lagi kuat dinafikan lagi tidak dipercayai. Akhirnya, penulis hanya mampu senyum, apabila juruawat itu berkata, "Kalau mengaku pun apa salahnya, kami bukan nak minta tolong apa-apa."
- Ketika sedang menunggu Solehah & isteri di tempat menunggu teksi di hadapan sebuah hospital, seorang hamba Allah bertanya sama ada penulis seorang pemandu teksi. Penulis senyum seakan mengiakan - agar yang bertanya berasa selesa. Namun apabila diminta hantar ke suatu destinasi, penulis terpaksa berterus terang.
- Sering ditanya sama ada Solehah seorang cucu. Lazimnya, penulis akan hanya senyum tanpa memberi jawapan. Pernah Solehah yang mendengar soalan tersebut berkata sambil ketawa besar, "Ye, ye ... ayah sudah tua!"
- Kerana susah hendak melintas jalan di dalam kawasan sebuah hospital (kenderaan tidak mahu berhenti) semasa hendak menghantar Odah (another cousin of Solehah), penulis berpura-pura berjalan macam orang patah kaki untuk meminta laluan.
No comments:
Post a Comment