Saturday 31 July 2010

Santai: Pokok Kelapa Di Balkoni

~ Teka-Teki Jakarta : Pokok Kelapa Di Balkoni ~
Selain membaca buku, main teka-teki menjadi sebahagian aktiviti ketika melancong antara Solehah, ayah & mamanya. Ia bertujuan untuk elak rasa boring perjalanan antara satu tempat ke satu tempat.
Lazimnya, ayah Solehah yang diminta untuk mengemukakan teka-teki. Solehah akan desak & meminta soalan demi soalan. Pastinya, kering idea. Dalam banyak keadaan, soalan merapu yang dikemukakan iaitu berdasarkan apa saja yang terlintas pada ketika itu (sebenarnya bukan teka-teki pun). Mama Solehah yang sudah faham dengan taktik tersebut, akan cepat-cepat melihat keadaan sekeliling & seterusnya membantu Solehah berfikir untuk mendapatkan jawapan.
Catatan:
Ketika di Bandung (Pasar Baru), ayah Solehah ada membelikan Solehah sebuah buku kecil yang sebahagiannya mengandungi banyak teka-teki.

Sunday 25 July 2010

Personal: Bukan Kerana Memikat

~ Coklat Dari London ~
Kalau tak salah ingatan, salah satu cara Datuk K pikat hati Datuk Siti Nurhaliza ialah dengan memberinya coklat. Tentu coklat mahal. Minggu lepas, Solehah juga menerima hadiah coklat - daripada Cikgu Teh Khoon Seang (sahabat 1 Malaysia - rujuk pos bertarikh 07/04/10) yang baru pulang dari London kerana menghadiri konvokesyen anaknya. Katanya (semasa memberi), "It is from my wife to Solehah."
Bagi ayah Solehah, coklat tersebut lebih mahal nilainya. Pemberian yang tiada apa-apa yang tersirat - ikhlas & bukan untuk memikat - tetapi lebih kepada ingatan & persahabatan. Sebenarnya, bukan hanya Solehah tetapi abang-abangnya juga bukanlah asing kepada cikgu Teh & isteri. Both Solehah's brothers attended free Add Maths tuition dengan cikgu Teh. Thanks cikgu Teh & wife.
Catatan:
1. Tahniah kepada Cikgu Teh & isteri di atas kejayaan anak anda
2. Coklat tersebut cair (masih boleh dimakan, cuma bentuknya hilang) kerana dibiarkan terlalu lama oleh ayah Solehah di dalam kereta - terlupa.

Anekdot: On 'Menantu'

~ Abang-Abang Teruna Solehah ~
Every man needs a wife because there are a number of things that go wrong that one cannot blame on the goverment.
~ Anonymous ~

"Belum ada menantu ke?" Itulah soalan susulan yang kerap dikemukakan oleh kenalan (lama tidak ketemu) apabila menjawab soalan asal iaitu, "Dah ada berapa cucu?"
Teringatkan kata-kata di atas, lazimnya ayah Solehah hanya akan senyum.
Catatan:
1. Perkahwinan bukanlah usia & wang semata-mata tetapi kesediaan & kemampuan memimpin anak orang.
2. Keluarga sendiri haruslah diyakinkan bahawa kita bersedia & mampu.

Jamung: Soekarno-Hatta International Airport

Menunggu di Soekarno-Hatta International Airport telah memberi ruang masa kepada Solehah & ayahnya melihat beberapa perkara sesuai dengan peribahasa 'lain padang, lain belalangnya'. Kalau tidak kerana lama menunggu pasti kesempatan tersebut tidak akan diperolehi.
Berikut adalah antara yang menarik yang dapat diperhatikan & apa kata Solehah mengenainya:
m
Catatan:
1. Benarlah "jauh berjalan, banyak pengalaman."
2. Pengalaman yang lebih menarik (melihat kebesaran Allah) menanti, jika kita 'dijemput' menunaikan haji @ umrah - berdoalah agar kita dijemput menjadi tetamuNya.

Saturday 24 July 2010

Tahfifah: On 'Menunggu'

~ Solehah, Kak Inn, Kak Aton & Kak Azah : SHIA 08/06/10 ~
Solehah tiba di Soekarno-Hatta International Airport (SHIA) lebih kurang 1:30 tengahari & disambut oleh wakil agen pelancongan. Semasa membuat tuntutan bagasi, beg salah seorang ahli rombongan (pesara yang kami panggil Mamu) telah tertukar dengan penumpang yang lain.
Proses melapor kepada AirAsia mengambil masa. Justeru, kami diminta bersabar & membuat keputusan untuk terus berada di SHIA sambil menunggu Haji Rani sekeluarga yang bertolak dengan MAS. Oleh kerana ingin bersama, Hj. Rani bersetuju untuk pergi dengan MAS - lebih mahal.
Hj. Rani & keluarga tiba lebih kurang 3:30 petang. Namun, entah dimana silapnya bas yang sepatutnya mengambil kami pula tidak sampai. Terpaksa tunggu lagi & akhirnya kurang lebih jam 5:30 petang, bas sampai. Kami bertolak ke tempat makan sebelum check-in di hotel.
Catatan:
1. Menunggu memang membosankan tetapi jika kena gayanya pasti tidak. Sesungguhnya lama di SHIA memberi ruang melihat ragam & kelainan di negara orang.
2. Solehah tidak pula meragam sepanjang menunggu - dia dilayan oleh anak-anak Hj. Zaher

Saturday 17 July 2010

Personal : Merajuk La Pulak ...

~ Aksi Merajuk Di AirAsia : 13/06/10 ~
Solehah melancong ke Indonesia mulai 08 hingga 13/06/10. Berlepas dari Airport Bayan Lepas ke Jakarta menggunakan AirAsia.
Semalaman sahaja di Jakarta. Keesokannya Solehah ke Taman Mini Indonesia sebelum bertolak Bandung melalui Puncak dengan menaiki bas.
Di Bandung, Solehah melawat beberapa tempat pelancongan & diikuti dengan aktiviti kaum ibu - iaitu shopping, shopping & shopping.
Bertolak kembali ke Jakarta pada 12/06/10, melawat Ancol & diikuti lagi dengan aktiviti shopping, shopping & shopping. Keesokan pagi berlepas pulang ke Malaysia (Airport Bayan Lepas) dengan AirAsia.
Catatan:
1. Solehah merajuk semasa penerbangan balik kerana permintaannya untuk membeli teddy bear AirAsia tidak dilayan. Hasrat tersebut tidak ditunaikan mengenangkan dia sudah ada puluhan teddy bear & pelbagai anak patung yang sebahagiannya dihadiah oleh abang-abangnya.
2. Rajuk Solehah lazimnya tidak berpanjangan - hanya sekejap.
3. Solehah pasti tidak suka akan pos ini.

Thursday 15 July 2010

Personal: Takut Mengganggu

~ Rombongan Jakarta-Bandung : Taman Mini Indonesia, 09/06/10 ~
Solehah dibawa melancong ke Jakarta & Bandung pada 08 hingga 13/06/10 yang lalu. Lawatan tersebut lebih kepada memenuhi janji untuk sekali lagi melancong bersama-sama dengan mereka yang pernah bersama-sama ke Beijing beberapa tahun yang lalu.
Lawatan ke Beijing (Solehah tidak ikut serta) kami (ayah & mama Solehah) telah berkenalan dengan dua keluarga iaitu keluarga Hj. Zaher & Hj. Rani. Persahabatan semasa di Beijing diteruskan secara akrab selepas kembali ke Malaysia.
Semasa ke Beijing, Hj. Zaher & Hj. Rani membawa anak-anak. 'Cemburu' dengan keseronokan mereka, kami bertekad (jika berkemampuan) membawa anak-anak jika melancong.
Sebenarnya, kami bimbangkan ketidakupayaan Solehah akan mengganggu perjalanan program melancong. Namun, dengan kedua-dua keluarga tersebut kami percaya mereka lebih memahami. Keyakinan tersebut tepat kerana sepanjang lawatan tersebut semua anggota rombongan tersebut sentiasa bertimbangrasa & melayan Solehah dengan mesra. Terima kasih ...
Catatan:
1. Turut serta ialah seorang pesara (mamu), sepasang suami isteri (guru) & satu keluarga (emak & dua orang anak) yang juga kebetulan mempunyai seorang anak istimewa. Jadi mereka juga turut memahami masalah Solehah.
2. Abang sulung Solehah (Abang Mad) tidak dapat ikut (walaupun diajak) kerana masalah kerja.
3. Secara amnya, semua (termasuk pemandu pelancong, drebar bas & pembantu) telah melayan Solehah dengan sewajarnya.

Tuesday 13 July 2010

Jamung: On 'You Are In Trouble'

~ Taman Mini Indonesia, Jakarta : 09/06/10 ~
"Bila ayah nak jadi bos?"
Demikian pertanyaan Solehah semasa dalam perjalanan melancong di Jakarta. Setelah diusul, fahamlah yang ada rakan-rakan kelas Solehah suka membanding-bandingkan & menyatakan yang bapa mereka lebih hebat. Biasalah ... kanak-kanak.
Solehah dinasihati agar tidak terlibat & sentiasa merendah diri. Sukar untuk memahamkan Solehah. Namun, setelah semakin dewasa & membaca peristiwa berikut, diharapkan beliau lebih memahami.
A lawyer who had seem to be a little careless hit the back side of a car in front of him. Refusing to admit his fault, he got off his car & rushed over to the driver of the other car. He said, "Boy, you are in trouble! I'm a lawyer."
The driver looked out his window & said, "No, you are in trouble. I'm a judge."

Personal: Demam Sebelum Melancong

~ Solehah & Her Tok Wan Singh ~
Cuti persekolahan yang lalu (04 - 19/06/10) Solehah melancong ke Jakarta & Bandung. Abang sulung Solehah diminta bersama, namun tidak dapat ikut serta.
Solehah demam beberapa hari sebelum bertolak. Walaupun hampir sembuh setelah makan saki baki ubat yang disimpan, Solehah tetap dibawa berjumpa dengan Dr. Hacharan Singh (Dr. HS) bagi memastikan Solehah sihat sepanjang berada di Jakarta & Bandung. Klinik Dr. HS terletak kira-kira 50 kilometer dari rumah & merupakan the only private doctor yang merawat Solehah secara k onsisten.
Solehah was being attached to Dr. HS sejak berusia dua tahun & dia cukup serasi dengan doktor tersebut - sembuh sebaik tiba di klinik, badan yang panas menjadi normal, hidung yang berhingus turut terhenti, etc.
Namun, pertemuan kali ini cukup menyentuh jiwa. Setelah memeriksa Solehah, beliau meminta saya merancang dengan teliti tentang masa depan Solehah agar tidak bergantung kepada orang lain untuk sara hidup. Nasihat tersebut diberi berdasarkan kekecewaan beliau dengan apa yang dihadapi anaknya (juga anak istimewa berkelulusan undang-undang) yang tidak mendapat hak yang sewajarnya sama ada di sektor perkhidmatan awam @ swasta.
Although there were many patients waiting outside, he talked (nasihat & luahan perasaan) to us about 40 minutes. He was very emotional - percakapan tersekat-sekat, sebak & nampak genangan air mata. He didn't want us to repeat the same mistake. He told us that he even met top politicians (menteri & timbalan menteri) but nothing was being done. Dr. HS nampak puas selepas meluahkan perasaan. Sesungguhnya, demam sebelum melancong, benar-benar membawa rahmat.
Catatan:
1. 'Tok Wan Singh' ialah panggilan Solehah kepada Dr. HS. She usually walks straight to Dr. HS & sit on his lap bila memasuki bilik pemeriksaan.
2. Kami terasa istimewa kerana Dr. HS beritahu supaya telefon & dia akan tunggu sekiranya ketibaan kami menghampiri waktu penutupan klinik. We did it once & he really did what he promised.
3. Dr. HS amat gembira kerana kekerapan mendapatkan rawatan amat rendah - kali terakhir kami ialah pada awal tahun 2009.
4. Beliau sentiasa memberi nasihat & panduan 'apa yang baik' untuk Solehah.