Monday 28 December 2009

Personal: Danok

~ 25/12/09 : Mencuba Blackberry di Danok ~
Solehah & famili tiba di Danok (bandar bersempadan dengan Bukit Kayu Hitam) jam 4.30 petang selepas menukar sedikit wang di Changlun. Selepas selesai urusan imigresen, kami singgah di sebuah restoren - untuk basah tekak & alas perut.
Belum pun sempat pesanan sampai, kami menerima panggilan telefon daripada Bang Ei (sepupu mama Solehah) yang berjanji untuk menjemput kami. Beliau datang dengan seorang sahabat karib beliau (Nawi - tauke gas utama di Narathiwat) yang juga kenalan keluarga.
Mereka turut serta minum & apabila selesai kami bertolak ke Narathiwat. Dalam perjalanan kami singgah sebentar di sebuah stesen minyak untuk bersolat. Selesai solat qasar, kami teruskan perjalanan. Sampai di Kampong Lubok Sawo jam 9.30 malam (8.30 malam waktu Thailand) - rumah Kak Mas untuk makan malam. Kami dihidangkan dengan gulai serati. Selesai makan, Nawi pulang ke rumah & kami bertolak ke Sungai Batu (lebih kurang 4Km dari rumah Kak Mas).
Catatan:
1. Kak Mas ialah seorang sepupu kepada mama Solehah - tukang masak yang handal.
2. Siti ialah panggilan Solehah kepada Kak Mas.

Personal: Sawadee

~ 25/12/09 : Malaysia-Thai Boarder ~
Sebagai memenuhi janji (hadiah) mendapat 'top-ten' Peperiksaan Akhir Tahun 2009, Solehah dibawa bercuti di Thailand - melancong sambil menziarahi keluarga. Abang Mad ikut serta (terpaksa bercuti) untuk membantu menguruskan Solehah.
Dengan pertolongan keluarga di Thailand, kami memulakan perjalanan jam 3.00 petang pada 25/12/09 dari rumah menaiki teksi Pak Elias (kenalan) menuju Bukit Kayu Hitam. Destinasi pertama kami ialah ke Kampung Sungai Batu di Wilayah Narathiwat - wilayah 'bergolak'.
Catatan:
1. Kampung Sungai Batu terletak bersebelahan dengan Kampung Teluk Manok - terdapat Masjid yang berusia lebih 300 tahun - dibina tanpa sebatangpun paku.
2. Draf post ini dibuat buat lebih awal, namun hanya dapat dipublish di Bangkok (Hotel Regent, Bangkok) bila terdapat internet connection.

Wednesday 2 December 2009

Personal: Marsya Nur Aulia

~ Solehah & Marsya Nur Aulia: 29/11/09 ~
Walaupun sudah lebih 8 tahun & banyak hospital dikunjungi, kami tidak pernah bertemu mana-mana kanak-kanak AMC (Arthrogryposis Multiplex Congenita) seperti Solehah. Cuba juga bertanya-tanya kepada para doktor, namun tiada jawapan pasti. Bukan apa, hanya untuk berkongsi pengalaman - walaupun dikatakan tiada dua masalah yang serupa untuk kes AMC.
Namun (melalui blog ini) akhirnya dengan ketentuan Allah, kami diketemukan dengan seorang lagi anak istimewa pengidap AMC iaitu Marsya Nur Alia. Pertemuan tersebut diatur di rumah pada hari Ahad, 29/11/09 (hari ke-3 Aidiladha) & berlangsung dengan penuh rasa kekeluargaan. Banyak perkara yang dapat dikongsi pada petang hari tersebut.
Catatan:
1. Rasanya Marsya tidaklah seteruklah Solehah - pada umur ini beliau nampak pintar, sudah boleh duduk & pegang benda.
2. Adalah diharapkan rasa kekeluargaan yang terbina bukan sahaja berpanjangan tetapi bertambah akrab.
3. Terbukti sifat pengasih & penyayang Allah kerana menganugerahkan Marsya kepada ibu & bapa yang amat positif - Marsya is in the good hands.
4. Kami doakan ibu & bapa Marsya terus gigih untuk membesarkan Marsya.
5. Marsya juga dirawat oleh para doktor yang sama - Dr. Zul, Dr. Asri & Dr. Asyikin.